Saturday 24 February 2018

Apa yang Perlu anda tahu tentang minyak zaitun

Minyak Zaitun Asli – Segala Yang Perlu Anda Tahu Tentang Minyak Zaitun

Minyak Zaitun datang dari buah Zaitun. Pokok Zaitun tumbuh dengan subur di negara negara Mediterranean seperti Maghribi dan Itali. Minyak zaitun asli terhasil dari perahan lemak buah zaitun secara tradisional.

Minyak Zaitun merupakan salah satu bahan utama dalam diet penduduk Mediterranean. Diet Mediterranean memang telah dikenali sebagai antara diet yang sihat.

Bagaimana Minyak Zaitun Dihasilkan

Secara amnya, minyak zaitun terhasil menggunakan dua kaedah.

Perahan Sejuk (Cold Press)

Majoriti produk Minyak Zaitun Asli yang wujud hari ini dihasilkan dengan kaedah Perahan Sejuk (Cold Press). Dalam kaedah ini, Buah Zaitun diperah tanpa menggunakan sebarang bahan kimia.

Untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai Minyak Zaitun “Virgin” atau “Extra Virgin”, proses perahan mestilah dilakukan pada suhu bilik.

Teknologi hari ini membolehkan perahan dilakukan menggunakan kaedah mesin sentrigual. Namun, masih banyak lagi ladang Zaitun yang  mengguna pakai cara tradisional dalam proses menghasilkan Minyak Zaitun.

Salah satunya boleh anda lihat dalam video berikut:

Perahan Panas (Hot Press)

Kaedah Hot Press digunakan untuk mendapatkan minyak dari hampas hampas Buah Zaitun yang telah diperah. Secara amnya, proses perahan “Cold Press” hanya akan mengeluarkan sehingga 95% minyak dari Buah Zaitun.

Untuk tidak membazir, hampas Buah Zaitun yang telah diperah akan diproses pula menggunakan kaedah Hot Press. Dalam kaedah ini, bahan kimia tertentu akan dicampurkan dengan hampas Buah Zaitun tadi. Campuran tersebut akan menghasilkan minyak yang masih terdapat dalam hampas Buah Zaitun tersebut.

Klasifikasi Minyak Zaitun

Minyak Zaitun boleh dibahagikan kepada beberapa klasifikasi. Klasifikasi ini bergantung kepada kadar asid minyak yang terhasil dan juga cara ia diproses.

Mari kita lihat klasifikasi tersebut.

Minyak Zaitun Pomace

Minyak Zaitun Pomace adalah produk yang terhasil dari proses “Hot Press” yang dilakukan ke atas hampas Buah Zaitun yang telah diperah. Ia adalah Minyak Zaitun yang mempunyai kualiti paling rendah.

Minyak Zaitun Pomace biasanya digunakan dalam industri pengilangan untuk membuat produk seperti sabun, syampu dan kosmetik. Walaupun kualitinya rendah, ia tetap mempunyai khasiat buah zaitun.

Minyak Zaitun “Refined” (“Refined Olive Oil”)

Minyak Zaitun “Refined” ini dihasilkan dari perahan “Cold Press” pertama. Namun, bukan semua hasil perahan pertama itu mempunyai kualiti atau kadar asid yang diinginkan. Oleh itu, ianya dicampurkan dengan bahan kimia untuk meningkatkan kualitinya.

Bahan kimia yang dicampur akan merendahkan kadar asid minyak tersebut. Ia juga akan mengurangkan rasa zaitun pada minyak tersebut.

Untuk meningkatkan semula rasa minyak zaitun, Minyak Zaitun “Virgin” turut dimasukkan ke dalam campuran.

Minyak Zaitun Asli (Pure Olive Oil)

Minyak Zaitun Asli adalah produk yang terhasil dari campuran “Refined Olive Oil” dan juga Minyak Zaitun Dara. Ia mengandungi kadar asid melebihi 4%.  Dihasilkan melalui beberapa proses penapisan dan juga campuran untuk menjadikan ia “asli”.

Warna minyak adalah kekuning kuningan.

Minyak Zaitun Asli sesuai digunakan untuk memasak.

Minyak Zaitun “Virgin”

Minyak Zaitun “Virgin” adalah produk yang dihasilkan melalui proses perahan kedua. Ia mempunyai kadar asid kurang dari 4%. Minyaknya berwarna kuning kehijauan.

Minyak ini sesuai untuk digunakan dalam masakan.  Ia juga sebagai sos (“dressing”) untuk salad.

Minyak Zaitun “Extra Virgin”

Minyak Zaitun “Extra Virgin” adalah produk yang terhasil dari proses perahan “Cold Press” pertama. Ia mengandungi kadar asid sekitar 0.5% – 1%.

Minyak dalam klasifikasi terbaik ini mengandungi kadar nutrisi yang tinggi. Ia juga tidak dicampur dengan sebarang bahan kimia tambahan. Minyaknya berwarna kehijauan.

Minyak Zaitun “Extra Virgin” juga mempunyai rasa dan aroma Zaitun yang lebih kuat.

Manfaat Minyak Zaitun

Minyak Zaitun memberikan banyak manfaat kepada anda. Dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki. Jika dikaji dengan mendalam, anda akan menjumpai cara untuk mendapatkan manfaat dari minyak zaitun.

Mari kita lihat beberapa manfaat minyak zaitun.

Minyak Zaitun Untuk Kulit

“Selembut dan Sehalus Kulit Bayi”. Selalu kita dengar ayat ini bila berbicara tentang kulit kan?

Minyak Zaitun mempunyai kandungan Vitamin E dan antioksida yang tinggi. Oleh itu ia membantu kulit mempercepatkan proses pemulihan dari sebarang luka dan kecacatan. Dengan itu, ia membolehkan kulit kekal haus dan lembut.

Ia juga membantu menstabilkan hormon dalam badan. Ketidak seimbangan hormon adalah punca utama jerawat, ekzema dan pelbagai masalah kulit yang lain. Hormon seimbang, jerawat tiada.

Minyak Zaitun mempunyai sifat menyimpan kelembapan. Oleh itu, bila disapukan pada kulit, ia akan mengekalkan kelembapan kulit secara semula jadi.

Anda masak menggunakan minyak zaitun? Janganlah cepat sangat nak basuh lebihan minyak zaitun di telapak tangan anda itu ya.

Jangan membazir.. Sapukan ke kulit dan dapatkan manfaat kelembapan yang diberikan.

Minyak Zaitun Untuk Jantung

Kajian mengenal pasti diet yang mengandungi lemak mono tidak tepu “monounsaturated fat” baik untuk kesihatan. Ia merendahkah kadar kolesterol LDL dan meningkatkan kadar kolesterol HDL. Anda tentu tahu tentang kesan LDL dan HDL terhadap jantung bukan?

“Monounsaturated Fat” adalah minyak dari tumbuh tumbuhan seperti Minyak Zaitun.

Minyak Zaitun mengandungi zat antioksida yang dikenali sebagai polifenol. Oleh sebab itu, ia diklasifikasikan sebagai makanan anti keradangan (anti inflammatory) dan pengawal kardiovaskular.

Untuk Tekanan Darah

Kajian juga menunjukkan Minyak Zaitun boleh mengurangkan hipertensi kerana ia berfungsi menggalakkan pengembangan saluran darah.

Minyak Zaitun juga dikenal pasti,menurut WebMD, boleh membantu mengurangkan kebergantungan kepada ubat bagi mereka yang mengambil ubat tekanan darah. Pengambilan 40g minyak zaitun setiap hari dapat mengurangkan pengambilan ubat sehingga 50%.

Khasiat Zaitun

Umum mengetahui yang khasiat Zaitun itu terkandung bukan sahaja pada buahnya. Hampir segenap inci pokok Zaitun itu mempunyai khasiat.

Mari kita lihat khasiat khasiat yang terkandung dalam buah dan daun Zaitun.

Khasiat Buah Zaitun

Buah Zaitun memberikan 115 – 145 kalori tenaga untuk setiap 100gram buah.  Ia juga mengandungi

75% – 80% air11% – 15% lemak4% – 6% karbohidratSedikit protein

74% dari lemak yang terkandung dalam Buah Zaitun itu adalah Asid Oleic. Ia adalah lemak mono tidak tepu – “mono unsaturated fat”.

52% – 85% dari karbohidrat yang terkandung dalam Buah Zaitun itu adalah dalam bentuk serat.

Berikut adalah kadar kandungan khasiat buah zaitun untuk setiap 100 gram:

Kalori – 115Air – 80%Protein – 0.8gKarbohidrat – 6.3gSerat – 3.2gLemak – 10.7gSaturated – 1.42gMono Unsaturated – 7.89gPoly Unsaturated – 0.91gOmega 3 – 0.06gOmega 6 – 0.85g

Buah Zaitun juga mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang tinggi. Antaranya:

Vitamin EZat BesiZat TembagaKalsiumNatriumOleuropein – antioksida yang tertinggi jumlahnya dalam buah Zaitun. Dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan. Hydroxytyrosol – Antioksida yang kuat.Tyrosol – Antioksida yang dikaitkan dengan masalah jantung.Asid Oleonalic – Antioksida yang dikaitkan dengan masalah kerosakan hati, lemak dalam darah, dan keradangan.Quercetin – nutrisi yang dikaitkan dengan tekanan darah.

Khasiat Daun Zaitun

Di awal 1800, air rebusan daun dari pokok Zaitun digunakan sebagai penawar demam. Ia juga turut digunakan, beberapa dekad kemudian, untuk merawat malaria.

Daun Zaitun juga seperti buah Zaitun, mengandungi kadar Oleuropein yang tinggi. Ia adalah sejenis polifenol. Oleuropein membantu merendahkan tekanan darah secara semulajadi. Ia juga membantu mengelakkan masalah jantung.

Secara amnya, khasiat yang terkandung dalam daun zaitun adalah sama seperti apa yang terdapat dalam buah Zaitun. Cuma kadar dan jumlahnya sahaja yang mungkin berbeza.

Mudahnya Aafiyat – Cara Amalkan Pemakanan Minyak Zaitun

Sekiranya anda ingin mengambil minyak zaitun untuk merawat sebarang jenis penyakit yang anda hidapi, bertemulah dengan doktor pakar untuk mendapatkan khidmat nasihat yang terbaik.

Bagi anda yang ingin Bersama sama Amalkan Gaya Hidup Aafiyat dengan kami, cuba:

Tukarkan minyak masak di rumah anda kepada Minyak Zaitun – Gunakannya untuk menumis, menggoreng, sebagai sos salad dan lain lain lagi. Pendek kata, semua yang melibatkan masakan dan makanan. Letakkan sebotol kecil Minyak Zaitun di dalam bilik mandi. Sapukan sedikit minyak Zaitun ke kulit dan rambut anda setiap kali selepas mandi. Ambil satu hingga dua sudu minyak Zaitun setiap pagi dan juga bila mengalami sakit tekak.

InsyaAllah, anda akan menikmati hidup yang Aafiyat.

.

Salam...

Tempahan/Cod untuk dapatkan produk OLIVE HOUSE 

017 4556 998 

www.wasap.my/60175750810

cod percuma ALOR SETAR.

.

boleh juga terus ke PUSAT JUALAN OLIVE HOUSE ALOR SETAR - TESCO STARGATE.

*Terapi Bekam Sunnah dan Rawatan Resdung Gurah 

Set Temujanji :

Lelaki   : 0135983088

Wanita : 0175424710

.

Blog Info Kesihatan

www.oliveasli.blogspot.com

Page Info Kesihatan QuranicFoods

www.facebook.com/QuranicFoods

Page Terapi Bekam & Gurah Resdung

www.facebook.com/BekamAlorSetar

Tuesday 20 February 2018

Olivie Power Up

Apakah dia OLIVIE POWER UP yang dinanti penuh kesabaran oleh pencinta Olivie Plus 30x ini ❓

- OLIVIE POWER UP adalah :💯 semulajadi ekstrak dahan, daun dan buah Zaitun muda.

🔵 Dengan bantuan teknologi terkini dari Jepun, sebatian polyphenols yang segar serta berkhasiat tinggi berjaya diekstrak lalu menghasilkan cecair yang sangat pekat & likat.

🔵 Ia kemudian dibentuk menjadi seakan "pearl" dengan kaedah mechanical constraint di dalam ruang yang dikawal atmosfera sekeliling serta kelembapan.

🔵 Hasilnya maka terciptalah OLIVIE POWER UP - Desert olive tree pearl yang super kaya dengan antioksidan. 1 sudu teh OLIVIE POWER UP menyamai kandungan antioksidan (Hydroxytyrosol) di dalam 10liter Minyak Zaitun.

🔵 Dengan kepekatan antioksidan yang sangat tinggi ini, OLIVIE POWER UP mampu melambatkan proses penuaan kesan oksidatif radikal bebas. Dengan kehadiran Vitamin E di dalamnya yang bertindak sebagai nutrien penting anti-aging semulajadi, pastinya menjadi pilihan mereka yang pentingkan kesihatan & kecantikan secara semulajadi & organik tanpa kimia berbahaya.

.
.

Cara Pengambilan
OLIVIE POWER UP

Sukatannya atau 1 sudu teh (kecil) atau setengah sudu sehari

Cara-cara 💕💕

1⃣ Ambil direct
2⃣ Ambil bersama salad, carrot dan kobis purple
3⃣ Ambil bersama ikan rebus, ikan bakar
4⃣Ambil bersama roti bakar, telor hancur,salad.
5⃣Telor tebus belah 2, letak diatas nya.
6⃣Telor separuh masak +Cinnamon +dan PowerUP.
7⃣Boleh juga di makan dengan sushi
8⃣Biskut cracker(mini) + egg salad dressing + PowerUP
9⃣Keju (hard cheese) + PowerUP
🔟Mini cracker + butter + PowerUP + daun pudina, boleh juga diperahkan sedikit lemon

Rasanya unik sgt pelbagai jenis rasa ada, dan yang penting yang dah ambil Olivie Plus 30x insyaAllah lebih mudah nak ambil OPU ini 😋😄

🍃 #Hotline #Olive #House #PowerUp #up:
017 4556 998 www.wasap.my/60175750810
#OliviePowerUp
#OliveHouse
#ProdukTerbaikDunia
#AafiyatLifestyle
#sihatcantikolivehouse

Saturday 6 January 2018

Olive oil Olive House

🌳 MINYAK ZAITUN DI PASARAN

.
.

Sememangnya terdapat berbagai jenis dan jenama minyak zaitun di pasaran hari ini.

Anda sebagai pengguna dan pelanggan bijak pastinya dapat memilih yang terbaik diantara yang baik. Ini kerana perbezaan antara yang cukup berkualiti dengan yang tidak berkualiti sedikit sangat perbezaan pada harganya.

.

Pilihlah yang disahkan 'EXTRA VIRGIN OIL'

.

APA ITU EXTRA VIRGIN ??

Extra Virgin ialah Minyak Zaitun yang mempunyai kualiti yang terbaik. Minyak Zaitun hanya dianggap Extra Virgin jika proses mengeluarkan minyak zaitun dilakukan dengan mengisar buah zaitun secara semulajadi tanpa melibatkan bahan kimia ataupun pemanasan.

Proses semulajadi ini dipanggil "MECHANICALLY COLD PRESSED".

.

KENAPA MESTI TIDAK DITAPIS ??

Minyak Zaitun yang tidak ditapis mengandungi lebih 30% "POLIPHENOLS" berbanding minyak zaitun yang ditapis. Poliphenols adalah sistem pertahanan semulajadi bagi pokok zaitun.

Apabila manusia meminum Poliphenols, ia akan melindungi sel manusia dari serangan free radical, virus, dan bakteria.

.

Keistimewaan Pati Minyak Zaitun Olive House

¤ 100% pati minyak zaitun
¤ Tidak ditapis
¤ Tidak menggunakan proses pemanasan
¤ Tidak dicampur dengan minyak sayuran yang lain

.

Apakah khasiatnya ??

1. Menggalakkan kesihatan jantung
2. Mengurangkan risiko kanser
3. Mengawal paras gula dalam darah
4. Mempunyai ciri-ciri anti-radang
5. Membantu untuk mengurangkan lemak
6. Menggalakkan pembentukan tulang yang sihat
7. Menggalakkan kebolehan kognitif
8. Membantu sistem penghadaman
9. Melambatkan proses penuaan
10. Meningkatkan imuniti/metabolisme dalam badan

.

Ini hanya sebahagian daripada khasiat minyak zaitun yang disenaraikan. Terdapat banyak lagi kelebihan yang ada pada minyak zaitun yang perlu kita jadikan amalan dalam kehidupan seharian.

'Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat.'

.
www.oliveasli.blogspot.com

#PatiMinyakZaitun
#OliveHouse #AlorSetar #TescoStargate
#ProdukTerbaikDunia

🍃 We Begin With Nature

Monday 1 January 2018

Bekam sebagai rawatan alternatif Bekam dalam mengurangkan risiko penyakit jantung

Bekam sebagai rawatan alternatif
Bekam dalam mengurangkan risiko penyakit jantung
.

Berbekam mungkin dilihat sebagai kaedah rawatan yang mengerikan bagi segelintir individu yang fobia terhadap darah. Tidak kurang juga ada yang ngeri apabila mengenangkan mereka perlu menanggung rasa pedih pada kulit ketika jurubekam melakukan proses vakum bagi mengumpulkan darah dalam cawan (cup) sebelum bekam dimulakan.

Ketakutan bertambah apabila memikirkan jarum menusuk ke kulit dan kesan luka pula divakum untuk mengeluarkan darah kotor yang berada di bawah permukaan kulit, mengalir masuk ke dalam cawan sewaktu proses bekam dijalankan.

Barangkali disebabkan ketakutan tersebut, kaedah rawatan ini dalam masyarakat Malaysia seolah-olah dilihat ‘kurang popular’ meskipun telah dibuktikan melalui penyelidikan saintifik.

Menurut Ketua Penyelidik Bekam Klinikal, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian Kelantan, Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail, satu kajian mengenai kesan bekam ke atas pengurangan risiko penyakit jantung melibatkan kumpulan individu yang sihat dan bagi kelompok yang mengalami masalah diabetes dan darah tinggi telah dijalankan.

Kajian ini dilakukan pada Oktober 2011 hingga Februari 2014 di bawah Geran Penyelidikan yang diberikan oleh Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar.

Tujuan penyelidikan menurut Dr. Ab. Aziz untuk mengenal pasti kesan terapi bekam basah dalam kalangan subjek, tekanan darah, parameter biokimia, fungsi ginjal dan fungsi endotelial (lapisan dalam salur darah).

Sebanyak 93 responden berusia antara 30 dan 60 tahun telah menyertai kajian, iaitu 62 responden tiada penyakit kronik yang telah dibahagi secara rawak dan seimbang kepada kumpulan kontrol dan kumpulan intervensi. Manakala bagi kumpulan diabetes melibatkan 31 peserta.

Bekam klinikal dilakukan ke atas subjek dalam kumpulan intervensi dan kumpulan diabetes, manakala tiada intervensi dijalankan bagi individu dalam kumpulan kawalan.

Katanya, semua peserta telah menjalani dua sesi berbekam klinikal iaitu pada permulaan kajian dan pada bulan ketiga. Berdasarkan kedua-dua sesi tersebut penilaian kajian telah dibuat merangkumi permulaan kajian, bulan pertama, bulan ketiga (sebelum sesi kedua bekam) dan bulan ke empat untuk semua peserta.

“Kumpulan bekam difokuskan kepada kelompok tidak menghidap diabetes, menunjukkan terdapat penurunan signifikan paras gula dalam darah semasa berpuasa (FBS) dan semua parameter fungsi ginjal, iaitu serum urea, kreatinin dan asid urik dari permulaan kajian hingga bulan pertama, ketiga dan keempat menunjukkan penurunan.

Serum trigliserida iaitu sejenis lemak dalam darah dan tekanan darah sistolik (SBP -bacaan tekanan apabila jantung mengepam darah ke seluruh badan) juga menunjukkan penurunan yang signifikan di bulan pertama.

“Semua profil serum lipid mengandungi pelbagai jenis lemak dalam darah kecuali trigliserida menunjukkan penambahbaikan yang signifikan pada bulan ketiga dan keempat. Faktor Antigen Von Willebrand (VWF) iaitu sejenis bahan yang menentukan keanjalan salur darah turut menunjukkan penurunan yang signifikan pada bulan keempat.

“Di akhir kajian, semua profil serum lipid, FBS, serum urea iaitu paras urea dalam darah dan bahan yang menentukan kesihatan buah pinggang. Jika bacaannya lebih daripada 10, itu menandakan buah pinggang tidak sihat. Dan, kreatinin (satu lagi jenis bahan dalam darah yang menentukan kesihatan buah pinggang dan jika bacaannya lebih 600, rawatan dialisis mesti dilakukan) bertambah baik secara signifikan berbanding dengan kumpulan kawalan,” kata Dr. Ab. Aziz.

Penilaian terhadap kumpulan penghidap diabetes pula mendapati, FBS, tekanan darah dan semua parameter fungsi ginjal menunjukkan penurunan yang signifikan pada bulan pertama, ketiga dan keempat.

Paras kolesterol peserta bekam secara keseluruhan juga menunjukkan penurunan yang ketara pada bulan ketiga dan ke empat. Bagi serum HDL-C dan LDL-C (kedua-duanya sejenis lemak dalam darah) dan antigen VWF (sama seperti 5), perubahannya dapat dilihat pada bulan keempat.

“Kajian ini mendapati, selain mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti senaman, mengambil makanan yang seimbang dan tidak merokok, rawatan berbekam klinikal boleh diamalkan sebagai salah satu kaedah perubatan alternatif bagi membantu mencegah berlakunya penyakit kardiovaskular,” ujar beliau.

Rawatan bekam di hospital

Di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), rawatan bekam klinikal untuk orang awam ditawarkan melalui Klinik Eksekutif USAINS Tech Services Sdn. Bhd., dengan caj RM100 untuk 11 cawan bekam, mengikut keperluan pesakit.

Menurut Ketua Penyelidik Bekam Klinikal HUSM, Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail, sesiapa yang ingin berbekam sama ada bekam angin atau bekam darah di Klinik Eksekutif USAINS, perlu mendapatkan tarikh temu janji dan hadir pada tarikh yang ditetapkan selain perlu mengisi dan menandatangani borang pendaftaran, borang keizinan rawatan, membuat bayaran sebelum menjalani sesi rawatan serta menetapkan temu janji bagi rawatan susulan.

Beliau berkata, kajian pihaknya mendapati bekam klinikal membantu merawat penyakit lain seperti migrain, sinusitis kronik (resdung), buah pinggang, angin ahmar dan vertigo (penyakit ketidakseimbangan dalam telinga).

“Rawatan bekam klinikal boleh diambil bersama dengan rawatan perubatan biasa yang diambil oleh pesakit yang dibuat secara berterusan (setiap bulan atau empat bulan sekali) untuk mengurangkan risiko penyakit-penyakit kronik.

“Pesakit yang menjalani rawatan bekam perlu membuat penilaian penyakit mereka secara berkala (perlu ubahsuai dos ubat atau rawatan yang diambil) sesuai dengan keadaan semasa.

“Kebaikan yang amat ketara mengenai rawatan bekam klinikal ialah tidak ada kesan sampingan, tiada risiko jangkitan penyakit atau berlakunya pendarahan yang tidak terkawal,” katanya.

Sebelum menjalani rawatan, katanya, pesakit hendaklah memastikan tahap kesihatan yang optimum seperti paras darah (Hb) yang mencukupi - tidak terlalu pucat, tidak mengalami keadaan hypoglisemia (paras gula dalam darah terlalu rendah) kurang dari 5 mmol/L dan tidak mengambil ubat untuk mencairkan darah seperti cardiprin, atau walfarin.

Katanya, berbekam sebaik-baiknya dilakukan sebelum makan atau sekurang-kurangnya dua jam selepas makan.

Jurubekam juga perlu dimaklumkan sekiranya menghidap penyakit berjangkit yang berbahaya seperti HIV, Hepatitis B dan Hepatitis C.

Ini penting supaya jurubekam boleh mengasingkan peralatan yang digunakan oleh pesakit-pesakit tersebut untuk mengelak jangkitan penyakit berbahaya ini kepada orang lain.

Tangani pandangan negatif masyarakat

Mengulas kekangan dari aspek undang-undang ataupun peraturan (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dalam kaedah rawatan bekam klinikal, Dr. Ab. Aziz menjelaskan, Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia belum menawarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) untuk bekam darah.

“Yang ada cuma bekam angin. Dengan itu, mereka yang mahir di dalam bekam darah tidak dapat dinilaikan tahap kemahiran mereka.

“Pada masa ini, rawatan bekam tidak disenaraikan oleh kementerian sebagai salah satu rawatan sampingan, berbanding dengan rawatan akupuntur, urutan Melayu, ayurveda dan lain-lain rawatan yang dapat dijalankan di hospital-hospital ataupun premis KKM.

“Saya berharap, Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia menyediakan NOSS untuk kemahiran rawatan bekam darah kepada mereka yang ingin berkecimpung di dalam rawatan tersebut yang diiktiraf oleh kementerian,” tambah beliau.

Penerimaan masyarakat terhadap rawatan bekam klinikal yang ditawarkan di HUSM menurut Dr. Ab. Aziz, amat menggalakkan dan setiap kali sesi rawatan dibuka, pihaknya mendapat permintaan yang tinggi daripada orang awam dan juga kakitangan hospital.

Bagaimanapun, untuk menangani stigma negatif segelintir masyarakat bahawa bekam hanya merupakan rawatan alternatif semata-mata, penerangan dalam pelbagai bentuk media perlu dilakukan untuk memberi maklumat tentang kebaikan dan kelebihan rawatan tersebut.

Jelasnya, pihak media boleh menyalurkan maklumat bahawa berbekam adalah setanding bahkan lebih baik daripada rawatan konvensional, tiada kesan sampingan dan cepat memberi kesan. Ia juga tidak menyebabkan berlakunya jangkitan penyakit dan tiada risiko yang berbahaya kepada pesakit.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh pihaknya, Dr. Ab. Aziz berkata, tidak hairanlah berbekam adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah SAW. Ini kerana bekam merupakan satu kaedah nyah toksik untuk mengeluarkan darah yang mengandungi racun yang berbahaya dari badan melalui permukaan kulit.

Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, bersabda yang bermaksud: Dari Ibnu ‘Abbas r.a: Dari Nabi Muhammad SAW: “Kesembuhan dari penyakit itu ada tiga hal: Berbekam, minum madu dan dibakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas itu.” (riwaya Bukhari).
.
NORAZLITA MOHD. SIES
20 Oktober 2015 4:00 PM
Utusan Malaysia
.
Pertanyaan atau booking wakyu bekam anda di OLIVE HOUSE ALOR SETAR TESCO STARGATE
CALL 017 4556 998
www.wasap.my/60175750810

Sunday 26 November 2017

Promosi Olivie plus 30x ganda antioksida Olive House Alor Setar Tesco Stargate

Call 014 2448 999 Us Zaki atau klik ja link www.wasap.my/60175750810
.
Promosi Olivie plus 30x ganda antioksida Olive House Alor Setar kini di Tesco Stargate


#promosi
#yes #olivehouse
#jualanAkhirTahun
#OliveHouse





Sunday 11 June 2017

Promosi OLIVE HOUSE Ramadhan



Promosi Ramadhan OLIVE HOUSE OLIVE HOUSE menawarkan promosi Ramadhan Terbaik untuk semua: *Promosi Ramadhan dan aidilfitri1438H (29.5.17-24.6.17) A* 2btl PMZ (RM74.80)-harga asal(RM89.80)-jimat RM15.00* B* 4btl PMZ (RM149.60)-harga asal(RM179.60)-jimat RM30.00* C* 6btl PMZ (RM224.40)-harga asal(RM269.40)-jimat RM45.00* D* 2btl olivie (RM199.80)-harga asal(RM239.80)-jimat RM40.00* E* 4btl olivie (RM399.60)-harga asal(RM479.60)-jimat RM80.00* F* 6btl olivie (RM599.40)-harga asal(RM719.40)-jimat RM120.00* G* 2btl J. Delima (RM116.40)-harga asal(RM139.80)-jimat RM23.40* H* 4btl J. Delima (RM232.80)-harga asal(RM279.60)-jimat RM46.80* I* 6btl J. Delima (RM349.20)-harga asal(RM419.40)-jimat RM70.00*


Harga di atas tidak termasuk kos pos.

**cod Alor Setar PERCUMA Lokasi Kami - Selepas Masjid Tandop Tepi Jejantas Sek Keb Wan Mat Saman
*Jika anda berminat dan beriltizam untuk mengamalkan pemakanan sunnah sebagai supliment kesihatan, jangan lupa pm saya ye. PM segera tau sebelum kehabisan stok* www.wasap.my/60175750810 Ustaz Zaki Blog www.OliveAsli.blogspot.com Page Rasmi www.facebook.com/QuranicFoods

Thursday 26 May 2016

Tahukah anda Minyak Zaitun Olive House Berkualiti Tinggi dan Kelebihan Meminum Minyak Zaitun Olive House


 
Anda Perlukan Minyak Zaitun Berkualiti Tinggi Serta Ingin Tahu Kelebihan Meminum Minyak Zaitun”?
.
Minyak Zaitun Olive House adalah 100% Organik, extra virgin dan Halal, mempunyai khasiat semulajadi yang sangat tinggi dan sangat mampu membantu meningkatkan tahap kesihatan anda dan keluarga yang tersayang.
.
Tidak seperti minyak zaitun yang lain, minyak zaitun olive house dijamin asli dan mempunyai kandungan antioksidan yang sangat tinggi. Cukup hanya 2 sudu sehari untuk mencetus senyuman semulajadi anda

__________________________________________________

Dengan meningkatnya masaalah kesihatan yang kronik di Malaysia dan kos rawatan yang sangat tinggi, Minyak zaitun yang penuh dengan khasiat semula jadi sangat mampu membantu membebaskan diri anda daripada dibelenggu oleh penyakit yang merbahaya ini.
.
Sebagai langkah pencegahan agar diri anda tidak dihinggapi oleh penyakit-penyakit yang merbahaya ini, ayuh amalkan meminum Minyak Zaitun Olive House 2 sudu besar sehari , pencetus senyuman semulajadi anda.
.
Minyak zaitun Olive House sangat baik untuk:
.
Sistem pembuluh Darah (Cardiovascular System)
Sistem endokrin tubuh (Endocrine System)
Sistem peredaran tubuh (Circulatory System)
Sistem penghadaman (Digestive System)
Organ/Sistem jantung bercelaru (Heart Disorder)
Sistem Pernafasan (Respiratory System)
Organ dan sistem mata
Sistem imunisasi
Menghalang pembentukan tumor
Mengurangkan kesakitan kanser
Menghalang pembentukan kanser
Menyerap kalsium
Mengelakkan keradangan (Inflammation)
.
Cukup Hanya 2 Sudu Makan Sehari, Pencetus Senyuman Semulajadi Anda. 
 
.
 
Berminat Nak Order Minyak Zaitun Olive House
WhatsApp 0175750810 Us Zaki